Friday, May 29, 2009

Al Fatihah.....

Pukul 4.30 pagi semalam (28 Mei 2009) saya dikejutkan dari tidur dgn sms dari adik saya yang mengatakan maman bani dah meninggal.Saya tak terkejut dengan sms tu sbb arwah dah sebulan koma disebabkan accident motor.Jadi saya mmg dah bersedia terima berita tu bila2 masa je.Esoknya saya sampai di kampung selepas arwah dah dimandikan dan dikapan.Sempatlah jugak saya tengok arwah untuk kali yang terakhir.Maman bani seorang pakcik yang baik.Bila bercakap sangat lembut pertuturannya,dan dia juga seorang yang sangat rajin dan kuat bekerja.Lepas ni kalau saya balik kpg dan tengok kebun sebelah rumah mak, saya mesti teringat dia.Sbb selalunya ptg2 dia akan kekebunnya tebas rumput dan bersihkan.Tapi semua nya dah jadi kenangan.Saya doakan semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman.Amin

***maman dalam bahasa jawa maksudnya pakcik*****

No comments:

FarahMustakim. Get yours at bighugelabs.com